Khutbah Syaikh Yusuf Al Qaradhawi hari Jumat 28/12/2012 merupakan
yang terakhir di tahun 2012 dan kedua dalam tempo dua bulan. Kementerian
Wakaf Mesir telah mengkhususkan mimbar Masjid Al-Azhar kepada beliau
setiap untuk menyampaikan ilmu yang telah didahagakan oleh umat Islam,
khususnya di Mesir yang disekat menyebarkan dakwah lebih 30 tahun lalu.
Sekalipun
Syaikh Al Qaradhawi hampir menjangkau usia hampir 90 tahun, tetapi
kelantangan dan kemampuan berhujah seperti usia di awal 30-an. Serta
ditambah ingatannya yang kuat membuat setiap kalimat yang dilontarkan
dinanti-nantikan oleh pendengar.
Agak
malang, jumlah mereka yang hadir di Masjid Al-Azhar hari iJumat kemarin
berkurang dibandingkan Jum’at pertama beliau menyampaikan khutbah
sebulan lalu.
Khutbah Syaikh Al Qaradhawi hari ini berkisar kepada
dua topik utama; khutbah pertama menyeru kesatuan ummat khasnya di
Mesir selepas Revolusi 25 Januari dan khutbah kedua berkaitan konflik di
Syria.
Dalam khutbah pertama, beliau menyeru kepada seluruh
rakyat Mesir untuk bersatu seperti yang dilakukan mereka di Tahrir untuk
menumbangkan rejim Mubarak.
“Saya melihat sendiri bagaimana
seorang Kristen menolong mencurahkan air untuk saudara Islam-nya untuk
berwudhu’di Tahrir,” ungkapnya.
Apa yang menyentuh perasaan para
pendengar ialah ketika beliau berkata, “Saya telah menjangkau usia 87
tahun, beberapa hari lagi saya akan pergi (meninggalkan dunia ini), akan
tetapi saya menyeru kepada rakyat Mesir dan umat Islam untuk bersatu..”
Berkaitan
dengan konflik di Suriah, beliau penuh yakin bantuan Allah kepada
rakyat Suriah hampir tiba. Beliau turut mengecam Russia dan Iran yang
terus-terang bersekongkol dengan rezim Basyar Al Assad yang membunuh
anak-anak, wanita dan orang tua tanpa belas kasihan.
Reporter: Abdul Malik dan Luqman Zaini Redaktur: Shabra Syatila
Sumber : http://news.fimadani.com/read/2012/12/29/syaikh-al-qaradhawi-beberapa-hari-lagi-saya-akan-pergi/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar